AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 | Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Statut ini yang juga dikenali sebagai AUKU ialah undang-undang bertulis yang mengenakan peraturan berkaitan dengan kegiatan pelajar dan hal-hal lain berhubung dengan pentadbiran universiti dan pusat pengajian tinggi. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND | PERJANJIAN AM SEMPADAN TANAH MELAYU-THAILAND (1949), perjanjian kerjasama antara pasukan polis Tanah Melayu dengan Thailand. Perjanjian yang ditandatangani pada 1 September 1949 ini dibuat bagi mengadakan kerjasama penuh di kawasan perbatasan kedua-dua negara antara pasukan polis masing-masing untuk menentang pengganas komunis. Beberapa syarat diadakan dalam perjanjian tersebut untuk menjalankan operasi menyeberang sempadan, tangkapan dan hal-hal lain. Tujuannya bagi memudahkan matlamat mengadakan kerjasama yang rapat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI | Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi- agensi lain mungkin terlibat dalam bidang kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk kedutaan (pejabat) di negeri asing. Sesetengah anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya dikenali sebagai kementerian luar negeri atau pejabat luar negeri. | UMUM | |
ARSON | Arson ialah perbuatan sengaja membakar sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak membalas dendam terhadap pemilik bangunan atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang lain, kes arson berpunca daripada perbuatan vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu. | UMUM | |
INSTITUT DIPLOMASI DAN HAL EHWAL LUAR NEGERI (IDHL) | Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL), agensi yang menyediakan latihan formal di peringkat asas dan lanjutan kepada pegawai perkhidmatan luar negeri Malaysia serta pegawai lain dari sektor awam. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (1834–1917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |
MERKANTILISME | Merkantilisme ialah sistem ekonomi yang diamalkan oleh England, Perancis dan negara perdagangan utama lain dari tahun 1500-an sehingga akhir tahun 1700-an. Di bawah sistem ini, kerajaan sesebuah negara itu mengawal ketat hal ehwal ekonomi untuk meningkatkan kekayaan perbendaharaan, terutama dengan melebihkan eksport daripada eksport. | UMUM | |
METTERNICH | Metternich (1773–1859), menjadi menteri hal ehwal luar negara Austria dari tahun 1809 hingga tahun 1848. Dia merupakan negarawan utama Eropah selama hampir sepanjang tempoh tersebut, yang biasanya dikenali sebagai Zaman Metternich. Metternich merupakan ahli politik konservatif yang menggunakan kuasanya untuk melindungi Empayar Austria dan juga untuk menyokong raja-raja di tempat lain yang menghadapi tentangan rakyat. Dia diberi gelaran tambahan canselor pada tahun 1821. | UMUM | |
ZHOU ENLAI | Zhou Enlai (1898–1976), juga dieja Chou En-lai, menjadi perdana menteri dan menteri luar China apabila Komunis berjaya memerintah negara itu pada tahun 1949. Jawatan menteri luar diganti oleh orang lain pada tahun 1959, tetapi dia kekal sebagai jurucakap paling berpengaruh bagi China dalam hal-ehwal antarabangsa. | UMUM | |