Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HALAMAN RUMPUT UMUM 
KAMPUNG HALAMAN

KAMPUNG HALAMAN, kumpulan cerpen karya Baharuddin Kahar. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1982. Kumpulan cerpen ini memuatkan 18 buah cerpen.

SASTERAKarya
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAANHIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928.SASTERAKarya
SYAIR AGUNGSYAIR AGUNG, puisi Melayu tradisional. Syair Agung merupakan syair Melayu bercorak romantis yang terpanjang di dunia. Jumlah rangkapnya ialah 9341. Naskhah asal syair ini ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan nombor rujukan MS 20. Naskhah ini terdapat dalam tiga jilid. Jilid pertama mengandungi 408 halaman, jilid kedua 307 halaman dan jilid ketiga 281 halaman. Jumlah halaman keseluruhan ialah 996. Ukuran naskhah ialah 21 cm x 17 cm. SASTERAKonsep
NOTA KAKI

Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf

kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia

digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu

panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke

dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala

digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan

atau idea yang mungkin mudah disalahertikan,

tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau

kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan

oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan

ayat dan membebaskannya daripada fakta yang

berlebihan.

UMUM 
KROKET

Kroket ialah suatu permainan popular yang

dimainkan di halaman berumput. Pemain menggunakan

tukul kayu untuk memukul bola melalui

lengkungan kecil yang disebut gelungan.

UMUM 
GAYA DEWAN

GAYA DEWAN,  sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks.

BAHASAPenerbitan
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA

KAMUS BAHASA BESAR INDONESIA, kamus baku dan terkini bagi tahap bahasa Indonesia. Kamus ini memuatkan sebanyak 62 100 kata masukan, mengandungi 19 halaman awalan dan 1090 halaman teks yang disusun oleh para pakar dan pengumpul data dari Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia, dan diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1988. Kamus ini dilancarkan penerbitannya ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Indonesia ke-5 dalam suasana peringatan Hari Sumpah Pemuda ke-60.

BAHASAPenerbitan
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan
123456789

Kembali ke atas