Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lim] | حليم

Definisi : baik budi, lemah-lembut, tidak lekas marah: perangainya sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata halim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
A. HALIM TEHA. HALIM TEH (1933-  ), pelukis dan penulis komik.  Dia lahir pada 11 Disember 1933 di Kampung Raban, Lenggong, Perak.BUDAYAKonsep
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1927– ) ialah

Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970–1975),

dan Sultan Kedah yang ke-28 (1958– ).

Baginda dilantik sebagai Sultan Kedah menggantikan

ayahandanya, Sultan Badlishah pada 14 Julai 1958.

UMUM 
HALIM ANUAR

HALIM ANUAR (1932 -          ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1932 di Kampung Kelubi Dalam, Jitra, Kedah. Dia menggunakan nama samaran Malihan. Halim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Jitra dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim dari tahun 1949 hingga tahun 1951. Selepas itu, dia belajar secara bersendirian hingga ke peringkat Higher School Certificate. Dalam bidang kerjaya, Halim pernah bertugas sebagai guru dan mengajar di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang hinggalah dia bersara daripada jawatan tersebut.

SASTERATokoh
AMRAN HALIM

AMRAN HALIM (1929 -     ), ahli Bahasa Indonesia. Dia lahir di pasar Talo, Bengkulu, Indonesia.

BAHASAKonsep
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SYAH

SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SYAH (1927 –      ), Sultan Kedah yang ke-28 (1958 -     ) dan Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970 – 1975).  Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah.  Baginda mendapat pendidikan awal di Titi Gajah dan Alor Setar. Pada tahun 1952, baginda memasuki Wadham College, University Oxford, England dan memperoleh diploma Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II

SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SYAH II (1770-an – 1843), Sultan Kedah yang ke-21 (1803 – 1843).  Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah.  Baginda adalah putera Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778 – 1798).  Nama sebenar baginda ialah Tunku Pangeran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH

SULTAN ABDUL HAMID HALIM SYAH (1864 – 1943), Sultan Kedah yang ke-25 (1882 - 1943).  Baginda diputerakan pada 4 Jun 1864.  Baginda adalah putera Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dengan isteri pertama baginda, Wan Hajar (lebih dikenal dengan gelaran Kadam Wan Besar).  Walaupun Tengku Abdul Hamid adalah putera sulung, tetapi baginda mempunyai dua orang adinda yakni Tengku Zainal Rashid dan Tengku Kassim, putera ayahanda baginda dengan isteri keduanya, Wan Jah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YURA HALIM

YURA HALIM (1923-    ), penulis Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 2 Mei 1923 di Kampung Kandang, Tutong, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Setia Negara  Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim. Dia juga pernah menggunakan nama samaran Tunas Negara.

SASTERATokoh
TUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUDTUNKU MUHAMMAD SAAD TUNKU DAUD ( ?  -  ?  ), pemimpin menentang pendudukan Siam di Kedah dari tahun 1838 hingga tahun 1839.  Dia ialah anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.  Semasa Siam menyerang dan menakluki Kedah pada 12 November 1821, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berundur ke Pulau Pinang dan seterusnya berada dalam buangan di Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
OSMAN AYUB

OSMAN AYUB (1951 -       ), penulis. Dia lahir pada 18 April 1951 di kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Dari tahun 1964 hingga tahun 1969, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Sultan Halim, Jitra. Dia belajar secara persendirian di Kuala Lumpur hingga lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1977.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas