Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. entrance, vestibule of house, ruang depan; 2. building for public gatherings, events, etc, dewan: the school ~, dewan sekolah; lecture ~, dewan kuliah; the only seats available for the concert were at the back of the ~, tempat duduk yg masih ada utk konsert itu hanyalah di bahagian belakang dewan; community ~, dewan orang ramai; village ~, balai raya; 3. main office of a local government authority, dewan: the town ~, dewan perbandaran; City H~, Dewan Bandaraya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (in college and university) residence building, asrama, kolej kediaman: she lived in ~ last year but now she shares a flat with friends, dia tinggal di asrama tahun lepas tetapi sekarang dia berkongsi tempat tinggal di flat dgn kawan-kawan; 5. dining-hall at a residential college, dewan makan (asrama). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hall


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NORDHOFF DAN HALL

Nordhoff dan Hall adalah kumpulan pengarang

Amerika. Charles Bernard Nordhoff (1887–1947) dan

James Norman Hall (1887–1951) menjadi terkenal

kerana tiga novel mereka tentang pemberontakan

sebenar dalam Tentera Laut British pada tahun 1789.

Novel-novel tersebut adalah Mutiny on the Bounty

(1932), Men Against the Sea (1934) dan Pitcairn’s

Island (1934).

UMUM 
KESAN HALL

Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku

apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam

medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik

yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang

dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan

Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu.

Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua

arah arus elektrik dan arah medan magnet.

UMUM 
INDEPENDENCE HALL UMUM 
CAINE, SIR HALL UMUM 
MCCORMICK, CYRUS HALL

McCormick, Cyrus Hall (1809–1884), mencipta

jentera memungut hasil tanaman yang

merevolusikan proses menuai bijian di Amerika

Syarikat.

UMUM 
TANGE, KENZO

Tange, Kenzo (1913–2005) ialah arkitek Jepun.

Usahanya menggabungkan sistem bangunan moden

daripada kaca dan konkrit dengan gaya tradisional

Jepun. Dia terkenal kerana bangunan Peace Hall yang

dibina di tapak letupan bom atom di Hiroshima,

Jepun.

UMUM 
SETI I

Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.)

ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal

pemerintahannya, baginda telah mengadakan

sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai

usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit

dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di

Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos.

Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle

Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang

dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan

disempurnakan oleh puteranya Ramses II.

Makamnya yang merupakan binaan paling indah

di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817

manakala mumianya bersama-sama dengan mumia

Ramses II  ditemui pada tahun 1881, dalam

satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri.

UMUM 
BIG BEN

Big Ben ialah loceng besar di menara jam

Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya

12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya

2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun

1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng

ini buat pertama kali didengari di radio, dan

menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara

loceng yang terang-benderang muncul di kaca

televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall

yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya

kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota

Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena

namanya.

UMUM 

Kembali ke atas