HALUAN KIRI BARU | | UMUM | |
HALUAN | HALUAN, kumpulan cerpen karya Razak Mamat. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1985. Haluan telah terpilih sebagai salah sebuah kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985, bersama kumpulan cerpen Terima Kasih Tuhanku yang ditulis oleh Baharuddin Kahar dan diterbitkan oleh Penerbitan Warusna, Kuala Lumpur, pada tahun 1984. | SASTERA | Karya |
SUNGAI SEINE | Sungai Seine dan cabangnya membentuk jalan air komersial yang utama di Perancis. Sungai ini bermula kira-kira 29 kilometer di barat Laut Dijon. Dari sana sungai ini mengalir dalam haluan yang berliku sejauh 764 kilometer ke barat laut sebelum masuk ke kualanya di Selat Inggeris berhampiran Le Havre. Kira-kira 378 kilometer dari puncanya, sungai ini menjadi lebar dan mengalir melalui tengah-tengah bandar raya Paris. Di Paris, sungai ini mengalir di bawah lebih daripada 30 buah jambatan, sesetengahnya berusia lebih 300 tahun. Gereja Besar Notre Dame terletak di Île de la Cité (Pulau Bandar) di Seine. | UMUM | |
MEKANISME SERVO | Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri menggunakan mekanisme servo untuk mengawal mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan senjata pada kapal perang dengan menggunakan maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan peluru berpandu yang sedang mengikut haluan. | UMUM | |
BANGAU | BANGAU, ukiran pada bahagian haluan perahu nelayan. Ukiran ini dikenal dengan nama bangau perahu kerana bentuk ciptaan asalnya menyerupai kepala seekor burung bangau. Bangau perahu hanya terdapat pada perahu kecil nelayan yang menggunakan dayung dan layar. Antara perahu nelayan yang memiliki bangau termasuklah kolek, bedar, sekoci, kolek kue dan payang. | BUDAYA | Konsep |
SUNGAI YANGTZE | Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang. Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian tengah China dan memasuki Laut China Timur, 6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira 1 829 000 kilometer persegi. | UMUM | |
MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT | MAJELIS PERMUSYAWARATAN RAKYAT, lembaga kekuasaan tertinggi negara Indonesia yang menggubal dan meminda perlembagaan serta menentukan dasar negara. Menurut Undang-Undang Dasar 1945 (Perlembagaan 1945) kedaulatan rakyat dipegang oleh Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR). Presiden dan wakil (naib presiden) dipilih oleh MPR dengan undi terbanyak, dan mereka hanya tunduk kepada MPR. MPR juga berhak memberhentikan presiden dan wakil presiden. Di samping itu, MPR mempunyai hak untuk membuat dan meminda Undang-undang Dasar (Perlembagaan Negara) dan menentukan Garis-garis Besar Haluan Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CHAIRUL HARUN | CHAIRUL HARUN (1940- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian Aman Makmur, Pekan Baru (1963-1965), wartawan Angkatan Bersenjata, Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian Haluan, Padang (1969-1970), pemberita majalah Tempo (1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat. | SASTERA | Tokoh |