HAMIDAH | | SASTERA | Tokoh |
UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID | UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID (1922- ), Profesor Diraja, ahli akademik, ahli ekonomi dan pentadbir. Dia lahir pada 28 Januari 1922 di London, England. Bapanya, Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid berasal dari Johor dan ibunya Hamidah binti Abdullah, berketurunan Turki. Ibu bapanya tinggal di London selama beberapa tahun, tetapi tidak lama setelah ibunya meninggal dunia pada tahun 1924, Ungku Abdul Aziz dan ayahnya kembali menetap di Johor Bahru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN HUSIN SYAH | SULTAN HUSIN SYAH ( ? -1835), Sultan Johor-Singapura (1819-1835) dan putera sulung Sultan Mahmud Syah Johor. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Husin. Pada tahun 1803, baginda berkahwin dengan Raja Bulang, anak Engku Muda Muhammad. Ketika ayahandanya Sultan Mahmud Syah mangkat di Lingga pada tahun 1812, Tengku Long Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan Wan Esah, adik Bendahara Wan Ali. Dengan desakan Yamtuan Muda Raja Jaafar, adinda Tengku Long Husin, Tengku Abdul Rahman, dilantik sebagai pengganti. Pelantikan ini tidak disetujui oleh Raja Hamidah (Engku Puteri), balu Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Wan Ali. Namun pertempuran tidak berlaku antara kedua-dua pihak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |