Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pa.ran] | همڤرن

Definisi : 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg mengu­ning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pa.ran] | همڤرن

Definisi : 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampar
Kata Terbitan : menghampar, terhampar, hamparan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMBAL DAN PERMAIDANI

Ambal dan permaidani ialah fabrik yang

digunakan sebagai hamparan. Ia menambah

kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada

bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal

hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik

dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi

keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan.

UMUM 
SWAGMAN

Swagman ialah pekerja ladang yang tidak tetap

bekerja di satu-satu tempat di Australia pada tahun

1800-an. Mereka membawa barang-barang mereka

dalam karung yang dikenali sebagai swag, yang

biasanya terdiri daripada sehelai bluey (selimut

biru pengembara) yang digulung bersama pakaian

ganti di dalam kain tarpal (yang boleh dijadikan

hamparan).

UMUM 
DAMIRI MAHMUD

DAMIRI MAHMUD (1946-   ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 Januari 1946 di Hamparan Perak, Sumatera, Indonesia. Sejak kecil dia telah diperkenalkan dengan dunia kesufian dan filsafat Islam oleh ayahnya, Khatib Mahmud, Imam Besar Kesultanan Deli yang terkenal. Semasa memperkenalkan tokoh sufi dan filasuf Islam itu, ayahnya selalu menyelitkan ajaran moral sebagai pegangan hidup. Ibunya pula, Siti Rahmah, banyak memperdengarkannya syair Melayu dan hikayat lama. Latar belakang inilah yang mempengaruhi karyanya seperti cerpen, novel, dan terutamanya puisi. Damiri mengutamakan nilai keagamaan sebagai isi karya.

 

            

SASTERATokoh

Kembali ke atas