Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM 
NEW HOLLAND

New Holland. Pada tahun 1642, Abel Tasman,

ahli pelayaran Belanda, hampir-hampir belayar

mengelilingi benua Australia. Peta Belanda

dihasilkan berdasarkan pelayarannya ke Australia,

Van Diemen’s Land (kini Tasmania), dan New

Guinea sebagai satu benua yang dikenali sebagai

Nova Hollandia (New Holland).

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
NUBIA

Nubia ialah wilayah Afrika purba. Ia meliputi

sebahagian daripada Sudan kini. Nubia menganjur

di sepanjang Sungai Nil dari sempadan selatan

Mesir purba hingga hampir-hampir ke Khartoum,

iaitu di Sudan.

UMUM 
ORANG HUN

Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka

berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada

tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin

mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir

memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat.

UMUM 
SIRIUS

Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing,

ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat

dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih

kurang sama dengan saiz matahari, tetapi

memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama

(lihat Bintang [Mengukur kecerahan]).

UMUM 
MENDANDAN RAMBUT

Mendandan rambut ialah seni menggunting,

mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga

rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan

rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan

untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan

mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara

berbanding hampir-hampir kesemua perubahan

fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri

yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk,

atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada

sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi

gaya rambut yang menarik dan mudah

dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan

kehendak seseorang.

UMUM 
MARL

Marl ialah nama biasa bagi batu lumpur berkapur,

iaitu sejenis batuan yang mengandungi amaun

tanah liat dan kalsit atau dolomit yang hampir-

hampir sama.

UMUM 
TASIK-TASIK KILLARNEY

Tasik-tasik Killarney ialah tiga buah tasik yang

masyhur dengan keindahannya di Kaunti Kerry, di

barat laut Ireland. Tasik-tasik ini merupakan salah satu

kawasan pelancongan Ireland yang utama. Tasik-tasik

Killarney terletak di sebelah barat daya bandar

Killarney. Lough Leane, atau Tasik Hilir, meliputi

kawasan seluas hampir-hampir 20 kilometer persegi.

UMUM 
SURAH YUNUS

Surah Yunus ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-10 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 109 ayat. Surah

ini dinamakan Yunus kerana di dalamnya

disebutkan kisah Nabi Yunus a.s. dan

mengandungi nasihat dan teladan mengenai

pengangkatan azab daripada kaum baginda,

ketika mereka beriman setelah mereka hampir-hampir

ditimpa azab dan bala.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas