Arsalan, Syakib (1286 H.–1366 H./1869 M.–1946 M.), tokoh politik Lubnan. Nama penuh Syakib Arsalan atau Gabenor Syakib ialah Hamud Hasan ibn Arsalan. Dia juga merupakan penyair, penulis, pemikir dan ilmuan. Dia lahir di al-Syuwifat, Lubnan. Dia mendapat pendidikan di sekolah al- Hikmah dan Sekolah al-Sultaniyyah di Beirut. Dia fasih dalam bahasa Arab sebagai bahasa ibunda dan tiga bahasa yang lain, Turki, Perancis dan Jerman kerana dia mempelajarinya daripada ramai guru. Antaranya ialah Abdullah al-Bustari pengarang al-Mujam al-Laghawi al-Bustan , Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Dia banyak membaca buku-buku tulisan Arab yang terkenal dalam ilmu al-Bayan hingga digelar Amir al-Bayan di samping menjadi pelopor kepada aliran al-Sina‘atayn. |