DUNIA | Dunia ialah planet bumi yang dipandang istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam sejagat ini. | UMUM | |
LIECHTENSTEIN | Liechtenstein ialah sebuah negara kecil di selatan-tengah Eropah. Ia merupakan salah satu negara terkecil di dunia. Luas negara ini hanyalah 160 km persegi. Untuk jumlah penduduk Liechtenstein, lihat Fakta ringkas dalam rencana ini. | UMUM | |
STRATTON, CHARLES SHERWOOD | Stratton, Charles Sherwood (1838–1883) ialah orang kerdil Amerika yang menjadi sangat terkenal melalui nama sarkasnya, Jeneral Tom Thumb. Semasa muda, ketinggian Stratton hanyalah 64 sentimeter dan berat badannya 6.8 kilogram. Dia begitu cerdik hinggakan ketika berumur enam tahun dia dipamerkan oleh P.T. Barnum seolah-olah dia seorang yang telah dewasa. | UMUM | |
TELUK ISLANDS | Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand. Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini merupakan milik persendirian. Yang lain merupakan kawasan simpanan Maori. Empat bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan di Kerikeri. | UMUM | |
TITAN | Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu, mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”. Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi. Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala dewa. | UMUM | |
SENI BINA PASCA MODEN | Gerakan senibina Pasca Moden yang telah dikenal pasti bermula pada akhir tahun 1900-an. Pada mulanya ia hanyalah teori akademik dari perkembangan pemikiran intelektual dan tidak ada stail yang dominan. | KEJURUTERAAN | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
NOTA KAKI | Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. | UMUM | |
TERUSAN KAPAL WELLAND | Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St. Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram dan curam yang deras menyebabkan sebahagian besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai laluan air komersial. | UMUM | |
SURAH AL-ZUKHRUF | Surah al-Zukhruf ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-43 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 89 ayat. Surah ini dinamakan al-Zukhruf bermaksud perhiasan kerana terdapat perkataan itu di dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang yang bertakwa”. (Surah al-Zukhruf 43:35) | UMUM | |