Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanyut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan leka: khayal, asyik, mengelamun, melamun, berangan-angan, syok,

2. Bersinonim dengan terapung-apung: dibawa arus, bergerak,

3. Bersinonim dengan mengembara: membawa diri, membawa untung, pergi jauh-jauh, berkelana, berpetualangan, bermusafir,

Kata Terbitan : berhanyutan, menghanyutkan, kehanyutan,

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Hanyut sampai Pulau Jerjak;
Hajat hati nak pulang ke kampung,
     Badan terkurung tempat dipijak.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Segan (= malu) berkayuh,
     perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALINGER, J.D.

Salinger, J.D. (1919– ), pengarang Amerika

yang menjadi terkenal kerana novelnya The

Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga

penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut

yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa

hanyut di New York City, Holden belajar

menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya

dalam kehidupan dunia orang dewasa dan

kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam

banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian,

Salinger secara humor dan meyakinkan

menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan

orang muda.

UMUM 
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
SISTEM SURIA

Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali

sebagai matahari dan segala objek yang bergerak

mengelilinginya. Sistem suria mengandungi:

(1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit

(bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini;

(2) objek seperti planet yang dikenali sebagai

asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali

sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas

beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah

yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara

planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma

yang secara berkumpulan membentuk perantaraan

antara planet.

UMUM 

Kembali ke atas