Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® haru, huru-hara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hara I

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan,
     menyalak anjing lari ke kota.

Bermaksud :

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
O'HARA, JOHN

O’Hara, John (1905–1970) ialah penulis novel

dan cerpen Amerika. Dia terkenal kerana

pemerhatiannya yang realistik tentang adab dan

moral kelas menengah Amerika. O’Hara

memaparkan latar beberapa buah novel dan

ceritanya di bandar fiksyen Gibbsville,

Pennsylvania.

UMUM 
BURKE, ROBERT O’HARA

Burke, Robert O’Hara (1821–1861) mengetuai

ekspedisi tragik yang pertama merentasi benua

Australia dari selatan ke utara. Burke dan 17 orang

lain memulakan ekspedisi dari Melbourne pada

bulan Ogos 1860.

UMUM 
SURAH AL-GHASHIYAH

Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada

surah <i>Makkiyyahi>, surah yang ke-88 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

26 ayat. Surah ini dinamakan <i>al-Ghashiyah i>(hari

kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di

dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“<i>Sudahlah sampai kepadamu (wahaii>

<i>Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranyai>

<i>meliputi?”i>

(<i>Surah al-Ghashiyah i>88:1)

UMUM 
SALIM III

Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera

Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda

merupakan sultan ke-28 dalam salasilah

Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III

menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya

Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.

Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,

keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia

dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah

sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789

M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang

terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri

Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada

tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir

dengan perdamaian antara kedua-dua negara

tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya

Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan

sebahagian negeri Quban, Busarabia dan

beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga

diserahkan melalui Perjanjian Yash.

UMUM 
SURAH AL-INSHIQAQ

Surah al-Inshiqaq ialah salah satu daripada

surah <i>Makkiyyah, i>surah yang ke-84 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

20 ayat. Surah ini dinamakan <i>al-Inshiqaq i>(terbelah)

kerana pada awal surah ini Allah S.W.T.

menggambarkan sebahagian daripada huru-hara

pada hari kiamat dengan keadaan langit yang

terbelah.

UMUM 
TUK SHIHABUDDINTUK SHIHABUDDIN (1728-1806), ulama.  Nama sebenarnya ialah Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Tengku Muhammad (Sudi Bilang) bin Sultan Abu Bakar.  Dia lahir pada tahun 1728 di Temerloh, Pahang.  Tuk Shihabuddin berketurunan raja Pagarruyung, Minangkabau.  Datuknya, Tengku Muhammad atau lebih dikenal sebagai ‘Sudi Bilang’ terpaksa berhijrah ke Pahang apabila berlaku huru-hara di Minangkabau.  Tengku Muhammad adalah seorang tokoh agama dan telah menjadi pendakwah di daerah Temerloh.  Ramai penduduk tempatan telah memeluk agama Islam menerusi dakwahnya.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATU ALI

DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas