PERINTAH BERKURUNG | Perintah berkurung ialah satu tempoh dari siang hari yang membawa ke petang dan berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud padamkan apa yang sedang menyala . Pada permulaan waktu perintah berkurung, loceng dibunyikan memberitahu penduduk supaya memadamkan lampu, menutupi api dan tidak berada di jalan raya sehingga hari siang. | UMUM | |
PAKAIAN BASAHAN | PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam. Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah. Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak. | BUDAYA | Pakaian |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |