HARI RAYA AIDIL FITRI | Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan umat Islam selepas berjaya menyempurnakan ibadat puasa yang diwajibkan selama sebulan pada bulan Ramadan. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
KETUPAT | Ketupat ialah sejenis makanan tradisional Melayu yang biasanya dibuat dan dihidangkan pada hari perayaan seperti Hari Raya Puasa. | UMUM | |
TAPAI | Tapai, penganan yang dibuat daripada beras pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja, tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais krim. | UMUM | |
DODOL | DODOL, sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka atau gula enau dan kadang-kadang dicampuri durian. Dodol juga dikenal sebagai kelamai. Dodol dibuat untuk juadah hari raya atau majlis perkahwinan. Bahan untuk membuat dodol mestilah bermutu tinggi dan bersih. | BUDAYA | Makanan |
HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |
PERINTAH BERKURUNG | Perintah berkurung ialah satu tempoh dari siang hari yang membawa ke petang dan berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud padamkan apa yang sedang menyala . Pada permulaan waktu perintah berkurung, loceng dibunyikan memberitahu penduduk supaya memadamkan lampu, menutupi api dan tidak berada di jalan raya sehingga hari siang. | UMUM | |