BERITA HARIAN | BERITA HARIAN, akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur. Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur. Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail. Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen. | SASTERA | Kitab |
PROSA | Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi, esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama. Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah penulis pula menggubah prosa yang sangat berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak dapat membezakan dengan jelas antara prosa dengan puisi. | UMUM | |
AMORSOLO, FERNANDO | Amorsolo, Fernando (1892–1972) ialah salah seorang pelukis Filipina yang agung. Dia terkenal dengan lukisannya tentang kehidupan harian di Filipina. Landskap luar bandar Amorsolo termasuk pemandangan wanita-wanita muda sedang membasuh pakaian di sungai. | UMUM | Umum |
AMNESIA | Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau, dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia mempunyai jurang besar dalam ingatannya. | UMUM | |
MAKMAL | Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan radas untuk menjalankan eksperimen, penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon, televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati di universiti, institut penyelidikan, organisasi perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk menemui pengetahuan baharu. | UMUM | |
SEKOLAH KOIR | Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di United Kingdom yang memberi tumpuan khas kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang menyanyi dalam koir di upacara keagamaan harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain juga menerima murid-murid lain. Semua murid mendapat pendidikan am yang baik. | UMUM | |
ADE, GEORGE | Ade, George (1866–1944) ialah penulis Amerika yang menulis karya humor dan drama. Dia juga ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa percakapan harian dan slanga popular kawasan luar bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi Aesop’s Fables . | UMUM | |
SENI POP | Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di England pada tahun 1950-an tetapi menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau tidak serius dari segi isinya. Walau bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi dalam bentuk seni halus tradisional. | UMUM | |
KAIN SAYAP PEKAKA | KAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja. | BUDAYA | Kraf Tangan |
MURDOCH, RUPERT | Murdoch, Rupert (1931– ), penerbit kelahiran Australia yang memiliki banyak syarikat akhbar dan majalah di Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Penerbitannya berbagai-bagai, daripada The Times di London, iaitu akhbar harian British yang amat berpengaruh, hinggalah kepada New York Post, iaitu akhbar mingguan yang sensasi di Amerika Syarikat. Dia juga memiliki sepenuhnya atau sebahagian daripadanya studio filem dan beberapa stesen televisyen dan syarikat penerbitan buku. Dia juga terkenal kerana berjaya memulihkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan sehingga berjaya mendapat keuntungan. | UMUM | |