ABDUL HARIS NASUTION | ABDUL HARIS NASUTION (1918- ), Jeneral (Panglima) Tentera Nasional Indonesia. Dia lahir di Kotanopan Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAYMUNAH BINT AL-HARIS | Maymunah bint al-Haris ( ? –51 H./ ? –671 M.), salah seorang isteri Rasulullah SAW. Namanya yang sebenar Barrah, kemudian Rasulullah SAW menamakannya sebagai Maymunah. | UMUM | |
ABDUL HARIS NASUTION | Abdul Haris Nasution (1918- ), Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada tahun 1956 hingga 1962. Beliau dilahirkan di Kotanopan Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Hollandsche Inlandsche School (HIS), Hogere Kweekschool (HIK) iaitu Sekolah Guru Atas di Bukittinggi dan HIK Bandung. Selepas menjadi guru, Abdul Haris memasuki Akademi Tentera di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
IDRIS SALAM | IDRIS SALAM (1920- ), pelukis. Dia lahir pada tahun 1920 di Kelang, Selangor Darul Ehsan. Dia mula menerima didikan seni lukis daripada gurunya, Mohd. Said dan Ahmad Abdullah ketika menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim (1937-1940). Dia juga pernah mendapat bimbingan melukis warna air daripada Peter Haris, penyelia seni lukis di sekolah-sekolah Malaya (1955-1956). Kemudian, Idris berpeluang mengikuti kursus di Kolej Seni Lukis dan Kraftangan di United Kingdom (1957-1958). | BUDAYA | Tokoh |
GESTAPU | GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |