Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.mo.ni] | هرموني

Definisi : 1 persesuaian (pendapat, sikap, perasaan dll). 2 gabungan benda atau warna yg menyenangkan dan memuaskan. 3 gabungan bunyi atau suara yg sedap didengar pd muzik atau nyanyian. 4 dlm keadaan yg bersesuaian; selaras; sesuai: Susunan perabot di rumah itu ~ sekali. Lagu itu disampaikan dlm irama yg ~. 5 baik dan damai dlm pertalian persahabatan atau dlm hubungan suami isteri; rukun: Mereka sekeluarga hidup dlm keadaan yg ~. berharmoni ada harmoninya; bersesuaian; bersependapat: Mereka diseru supaya berdisiplin dan ~ dlm menjalankan tugas-tugas mereka. mengharmonikan menjadikan harmoni. keharmonian keadaan harmoni; kesesuaian; kesela­rasan: Iman yg sempurna dpt menimbulkan ~ pd diri seseorang dan pd masyarakat. ~ nada lagu itu menenangkan fikirannya. pengharmonian usaha atau perbuatan mengharmonikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harmoni (adjektif)
1. Dalam konteks suara, nada,
bersinonim dengan selaras, sepadan, sesuai, secocok,

2. Bersinonim dengan bahagia: rukun, sejahtera, mesra, tenang, damai, tenteram, aman, sepakat,

Kata Terbitan : mengharmonikan, keharmonian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT

Nyanyian kuartet kedai gunting rambut

merupakan gaya harmoni menggunakan empat

suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat

suara menghasilkan kord empat bahagian yang

sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi

kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa

iringan alat muzik).

UMUM 
DEBUSSY, CLAUDE

Debussy, Claude (1862–1918), penggubah muzik

Perancis yang penting. Caranya telah membawa

perubahan besar dalam bentuk muzik dan harmoni

membantu merubah arah muzik secara radikal pada

awal tahun 1900-an.

UMUM 
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM 
RAMEAU, JEAN-PHILIPPE

Rameau, Jean-Philippe (1683–1764) ialah

penggubah lagu dan ahli teori muzik Perancis

zaman barok. Rameau bermain organ selama 20

tahun di beberapa buah bandar sebelum menetap

di Paris pada tahun 1722. Dia menjadi terkenal

pada tahun tersebut dengan terbitnya buku teori

muzik Treatise on Harmony . Buku ini menjadi

mercu tanda penting dalam sejarah harmoni dan

yang pertama dari beberapa karya harmoni lain

yang dihasilkannya.

UMUM 
SATIE, ERIK

Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis,

menghabiskan seluruh kerjayanya dengan

mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie

tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan

dia amat tidak gemar akan romantisme dan

impresiosisme. Caranya menangani bentuk

harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi

banyak penggubah.

UMUM 
PIANO

Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya

dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil

yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik

yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan

alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan

melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain

piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not

yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan

kelajuan yang tinggi.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
SCHOENBERG, ARNOLD

Schoenberg, Arnold (1874–1951), mungkin

merupakan penggubah muzik yang paling

berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama

Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun

1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal ,

iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan

atonal akhirnya membawa kepada pembentukan

sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan

melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan

urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang

dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara

gubahan ini dikenali sebagai serialisme.

UMUM 
MAILLOL, ARISTIDE

Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir

Perancis. Seperti kebanyakan pengukir

generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk

emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang

dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste

Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada

waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan

perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi

berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas

merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba

kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang

tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran

zaman klasik awal Yunani.

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 

Kembali ke atas