LASKI, HAROLD JOSEPH | | UMUM | |
JEFFREYS, SIR HAROLD | | UMUM | |
PINTER, HAROLD | Pinter, Harold (1930– ) ialah penulis drama Inggeris. Dramanya menekankan situasi ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat. | UMUM | |
MACMILLAN, HAROLD | Macmillan, Harold (1894–1986) ialah perdana menteri United Kingdom dari tahun 1957 hingga 1963. | UMUM | |
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE | Abrahams, Harold Maurice (1899–1978), memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378 meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100 meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod 10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian pentadbir atletik. | UMUM | |
DOOLITTLE, JAMES HAROLD | Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai pengeboman yang pertama ke atas Tokyo semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada 18 April 1942. | UMUM | |
MASLOW, ABRAHAM HAROLD | Maslow, Abraham Harold (1908-1970), ahli psikologi humanistik dan ahli falsafah Amerika Syarikat. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Tokoh |
BRIGGS, HAROLD ROWDAN | Briggs, Harold Rawdon (? - ?) ialah Pengarah Operasi Tentera British dalam membanteras pengganas komunis semasa zaman Darurat di Persekutuan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERTEMPURAN STAMFORD BRIDGE | Pertempuran Stamford Bridge (1066), berakhir dengan percubaan untuk menceroboh England oleh Harald Hardrada, raja Norway, dan Tostig, abang kepada Harold II dari England. | UMUM | |