Astor ialah nama sebuah keluarga Amerika yang
penting. Keluarga Astor dahulunya digelar “tuan
tanah New York” disebabkan John Jacob Astor yang
pertama, iaitu pengasas keluarga ini, banyak
menanam modal pada hartanah di New York. Nilai
tanah itu meningkat dan keluarga ini menjadi salah
sebuah keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat.
Perancangan bandar ialah proses mengawal
pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang
bandar – orang yang mengendalikan proses ini,
menasihati kerajaan mengenai cara memajukan
komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan
pemaju hartanah yang merancang untuk
memajukan komuniti yang baru.
Sistem Torrens ialah sistem untuk mendaftarkan
geran harta tetap (tanah dan bangunan). Sistem ini
diambil daripada nama Sir Robert Torrens yang
memperkenalkannya di Australia Selatan pada tahun
1858. Tujuan sistem ini ialah untuk menjadikan
pemindahan hartanah adalah mudah dan selamat
seperti pemindahan harta lain dan mengakhiri
pemeriksaan geran yang berulang kali.
Thanks for clicking. That felt good.