Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[har.ta.wan] | هرتاون

Definisi : 1. berharta, kaya: orang yg bangsa­wan lagi ~; 2. orang yg mempunyai harta, orang kaya: dia seorang ~ yg terkenal; kaum ~; kehartawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn hartawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[har.ta.wan] | هرتاون

Definisi : 1 mempunyai harta; berharta; kaya: Orang itu bangsawan lagi ~. 2 orang yg berharta; orang kaya: Dia ~ yg terkenal di negeri ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hartawan (kata nama)
Bersinonim dengan jutawan, orang kaya, dermawan, orang berada, orang berduit, orang atasan, bangsawan.,

Peribahasa

Tidak usak kerbau oleh penyembelihan.

Bermaksud :

Tidak akan miskin orang hartawan yang berderma. usak = kurang; penyembelihan = daging upah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LOH BOON SIEW, TAN SRI

Loh Boon Siew, Tan Sri (1916-1995), usahawan dan hartawan Malaysia yang diberi julukan “Mr. Honda Malaysia”. 

EKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
WARTA MALAYA

WARTA MALAYA, akhbar harian bertulisan Jawi sebelum Perang Dunia Kedua. Akhbar ini mula diterbitkan pada 1 Januari 1930.  Pada peringkat awal, akhbar ini diterbitkan oleh Anglo-Asiatic Press, di North Bridge Road, Singapura.   Mulai 1 Januari 1934, syarikat ini menukar namanya kepada Warta Malaya Press Limited dan pemiliknya masih tetap Syed Hussein Ali al-Sagoff, seorang hartawan berketurunan Arab.  Semasa pendudukan Jepun, penerbitan akhbar ini telah diambil alih oleh Jepun dan diterbitkan dalam tulisan Rumi.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas