Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ruan] | هروان

Definisi : sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan, Rachycentron canadus; ~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesu­sahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ruan] | هروان

Definisi : nama sj ikan darat, Ophicephalus striatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruan

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti bujuk lepas dari bubu.

Bermaksud :

Menghilang dengan cepat. bujuk = ikan haruan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKANAN DARAT

PERIKANAN DARAT,  aktiviti menangkap ikan air tawar di sungai, anak sungai, tasik, sawah, kolam dan muara sungai.  Antara ikan yang sering ditangkap ialah bujuk, haruan, limbat, puyu, sepat, keli, tengas, seluang, baung, sebarau, kelah, jelawat, kelaba, patin, lampan, toman dan tilapia.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas