MIR | Mir ialah damar harum yang diperah daripada pokok-pokok tertentu dan pokok renek tertentu. <i>Miri> yang dirujuk dalam Kitab Bible (Matt.2) terdapat di timur laut Afrika dan Timur Tengah. Damarnya diperah dan digunakan dalam gaharu, minyak wangi dan ubat. Satu lagi spesies mir di Timur Tengah, <i>miri> <i> Mekah, i> adalah sumber salap Gilead. Pokok mir Afrika menghasilkan damar gam yang sama, yang dikenali sebagai <i>bdelium i>dan digunakan untuk membuat varnis dan ubat. Pengelasan saintifik. Pokok yang menghasilkan mir tergolong dalam genus <i>Commiphora. i>Mir dalam Kitab Bible ialah <i>Commiphora abyssinica; i>salap Gilead diperoleh daripada <i>C. opobalsamum; i>mir Afrika ialah <i>C. africana.i> | UMUM | |
TAIM | Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun, berbau harum yang berasal dari kawasan Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa pahit yang menjadikannya perisa yang popular dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair pencuci mulut dan ubat batuk. | UMUM | |
SAGEBRUSH | Sagebrush ialah pokok renek yang terkenal kerana baunya yang harum dan rasanya yang pahit. Ia tumbuh di dataran kering di bahagian barat Amerika Syarikat. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 0.5 hingga 4 meter dan mempunyai batang yang lurus keras. Daunnya kecil dan tumbuh rapat-rapat. Bunganya tumbuh di bahagian atas batang dan berwarna kuning atau putih. Setiap bunga mempunyai banyak bunga kecil yang dikenali sebagai <i> floret i> . | UMUM | |
STOK | Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga taman yang berlainan. <i>Stok berbau-malami> mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk yang ketara di hujungnya. Bunga stok <i>Stok Virginiai> adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac. Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk. Stok <i>Brompton i>atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning. Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari, terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali. | UMUM | |
LILY OF THE VALLEY | Lily of the valley ialah bunga taman yang harum. Setiap bunga berbentuk seperti loceng yang kecil. Ia tumbuh di Amerika Utara, Eropah dan utara Asia. | UMUM | |
DUPA | Dupa ialah campuran gam dan balsam yang berbau wangi. Dupa mengeluarkan bau harum yang lembut apabila dibakar. | UMUM | |
NANAS | Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal kerana buahnya yang berjus dan berbau harum. Barangkali ia mendapat namanya <I>pineapple I>dalam bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan. Thailand menanam lebih banyak nanas daripada mana-mana negara lain. Petani di sana mengeluarkan lebih kurang satu per empat daripada nanas di dunia. | UMUM | |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau <i> nikotiana i> ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus <i> Nicotiana i> . | UMUM | |
ORRISROOT | Orrisroot ialah <i> rizom i> (batang bawah tanah) iris tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia digunakan untuk memberikan bau wangi violet kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik. Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal daripada tiga spesies – <i> Iris florentina, Iris i> <i> germanica, i> dan <i> Iris pallida. i> Ketiga-tiga iris ini ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi minyak yang berbau seperti violet dan digunakan dalam minyak wangi. Lihat juga Iris. | UMUM | |
MIRTEL | Mirtel ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang menarik. Ia tumbuh liar di kawasan Mediterranean di selatan Eropah dan utara Afrika. Mirtel mempunyai daun berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya harum berwarna putih. Ia adalah pokok taman yang popular, terutamanya di kawasan yang musim sejuknya sederhana. Pokok mirtel dianggap suci oleh orang Yunani purba dan digunakan dalam perayaan. | UMUM | |