SOLERI, PAOLO | Soleri, Paolo (1919– ), arkitek dan perancang bandar kelahiran Itali. Dia terkenal dengan teori pemuliharaan alam sekitar. Soleri yakin bahawa untuk memulihara sumber alam, bandar haruslah dibina di atas paras tegak. | UMUM | |
ALIRAN SEARUS | Aliran seragam yang segaris dengan garis arus. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut: < Gambarajah > Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0. Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu. Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z. Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z. Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat. Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga. Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
TARIAN BUBU | TARIAN BUBU, tarian yang menggunakan bubu. Tarian ini kadang-kadang disebut juga tarian lukah. Yang menari adalah sebuah bubu yang dipuja dan dijampi oleh seorang bomoh atau dukun. Selain bomoh, beberapa orang pembantu diperlukan untuk menjayakan tarian ini. Di Pahang, pembantu bomoh atau dukun yang menjayakan tarian ini haruslah seorang lelaki yang gagah dan bertenaga. Tetapi di Perak, pembantunya terdiri daripada seorang perempuan dan dua orang lelaki. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |