| BENTAN | BENTAN, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau, terletak di pintu masuk bahagian selatan ke Selat Melaka. Pulau Bentan dikelilingi oleh batu karang dan sepanjang pantainya mendatar tetapi lebih cerun di bahagian pedalaman hingga mencapai ketinggian 1340 m. Penduduk Bentan terdiri daripada Orang Laut dan mereka amat penting dalam bidang ekonomi di Sriwijaya, sebuah entrepot sekitar abad ke-7 M. Sebagai entrepot, Sriwijaya bertindak menghantar hasil-hasil laut ke pasaran Sriwijaya, mengawal jalan-jalan kapal daripada lanun dan menyediakan nakhoda dan pengemudi untuk kumpulan armada laut. Pada abad ke-13, kejatuhan kerajaan Sriwijaya menjadikan Bentan lebih bebas. Pada tahun 1323, Bentan menghantar dutanya ke China. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| TANAH BRIS | Terhasil daripada enapan pasir laut hasil hakisan tebing dan hanyutan sedimen di belakang berm pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| TAMPA | Tampa, Florida (pend. 280 015) ialah bandar pelabuhan yang utama di Amerika Syarikat, pusat perdagangan dan industri dan bandar yang ketiga terbesar di Florida. Ia terletak di barat daya pantai Teluk Tampa, iaitu serokan Teluk Mexico. Pelabuhan Tampa mengendalikan lebih banyak kargo daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Florida, iaitu kira-kira 45 juta tan metrik setahun. Eksport tahunannya termasuk sembilan juta tan metrik bijih fosfat dari lombong berdekatan. Kumpulan kapal nelayan yang berpangkalan di Tampa menangkap udang dan lain-lain hasil laut dalam jumlah yang banyak. | UMUM | |
| ALAT PERIKANAN LAUT | ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan. | BUDAYA | Konsep |
| PERIKANAN LAUT | PERIKANAN LAUT, aktiviti menangkap ikan di pesisiran pantai dan di laut dalam. Umumnya, perikanan laut menggunakan alat menangkap ikan seperti pancing, rawai, bubu, kelong, belat dan pukat. Anak ikan atau sotong digunakan sebagai umpan untuk pancing dan rawai. Antara ikan yang ditangkap termasuklah kurau, yu, talang, jenahak, alu-alu, pari, landuk, tenggiri, gerpoh dan senangin. Biasanya hasil tangkapan ini adalah untuk kegunaan sendiri atau dijual. | BUDAYA | Konsep |
| SAVAGE | Savage ialah sebatang sungai di pergunungan barat laut Tasmania, Australia. Di sinilah terletaknya lombong bijih besi yang mengeluarkan hasil secara besar-besaran. Bijih besi gred rendah yang dikenali sebagai magnetit dikeluarkan daripada lombong dedah berhampiran sungai. Magnetit itu ditumbuk menjadi debu, dan zarah besi dikeluarkan daripadanya dengan menggunakan magnet. Air ditambah dan sluri dipam sejauh 87 kilometer melalui saluran paip ke Port Latta. Di situ, bijih besi dibentuk menjadi penabur yang diameternya kira-kira satu sentimeter, dan dikeraskan melalui proses pemanasan. Hampir 2 286 000 tan metrik penabur dipunggah setiap tahun ke dalam kontena besar untuk dieksport ke Jepun. | UMUM | |
| MUHAMMAD SYAWQIY | Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.– 1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal dengan bidang kesenian penulisan khat Arab. Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy). Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M. Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya. | UMUM | |
| SÃO TOMÉ | São Tomé (pend. 34 997) ialah ibu negara dan bandar terbesar di São Tomé dan Principe, sebuah negara pulau di barat tanah luar Afrika. Bandar ini terletak di timur laut pinggir pantai Pulau São Tomé. Untuk lokasi, lihat S ã o Tomé dan Príncipe (peta). Bandar São Tomé menjadi pusat perdagangan dan perkapalan untuk hasil ladang São Tomé dan Principe. Satu-satunya lapangan terbang di São Tomé iaitu terletak berhampiran dengan ibu negara. Orang Portugis menemui Pulau São Tomé pada tahun 1470 dan mengasaskan bandar itu kira-kira pada tahun 1500. | UMUM | |
| ASTRAKHAN | Astrakhan (pend. 510 000) ialah bandar di barat daya Rusia di delta Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Astrakhan menganjur melintasi beberapa buah pulau di delta Sungai Volga. Astrakhan merupakan pusat perdagangan yang penting kerana perhubungan airnya yang baik dengan pelabuhan- pelabuhan di Laut Kaspia dan pelabuhan-pelabuhan Sungai Volga. Perikanan merupakan salah satu perusahaan utama. Kaviar ialah hasil keluaran Astrakhan . Sebagaimana Moscow, yang paling menonjol di Astrakhan ialah sebuah benteng lama yang bernama kremlin . | UMUM | |
| LONG YUNUS | LONG YUNUS ( ? -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |