Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n shelter, tempat /perlindungan, berlindung/: they sought a ~ from the storm, mereka mencari tempat perlindungan drpd ribut itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haven


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARDEN, JOHN

Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris

yang menjadikan pertentangan antara seorang

rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi

dengan seorang individu yang penuh dengan

imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir

sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema

itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan

Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di

London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik

dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua

pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi

dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All

Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964),

The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It

Frankly (1979).

UMUM 
ROSIHAN ANWAR

ROSIHAN ANWAR (1922-    ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954.

SASTERATokoh

Kembali ke atas