Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hawa (kata nama)
Bersinonim dengan iklim, cuaca, udara, suhu;,
Kata Terbitan : berhawa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITI HAWA HAJI SALLEH

SITI HAWA HAJI SALLEH (1940-       ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik.  Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah.  Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963).  Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian TeksI>.  Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.  Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994.  Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.  Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak.

SASTERATokoh
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan <I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair Sultan MaulanaI> mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu TradisionalI>. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku <I style="mso-bidi-font-style: normal">The Battle for Junk CeylonI> (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Syair Sultan MaulanaI>) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas