PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA | Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization [WHO]) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan ini membantu menubuhkan sistem kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia, terutama di negara membangun. | UMUM | |
PERKHIDMATAN KESIHATAN NEGARA | Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS – National Health Service) ialah sistem penjagaan kesihatan di United Kingdom (UK), yang menyediakan perkhidmatan perubatan biayaan negara kepada semua penduduknya. Negara-negara lain juga mempunyai skim perkhidmatan yang sama tetapi berbeza namanya. Perkhidmatannya yang termasuk langkah-langkah pencegahan dan terapeutik, dan perkhidmatan masyarakat bersekutu, dibayar terutamanya daripada cukai umum. Tetapi warga yang bekerja memberi sumbangan tambahan melalui skim insurans kesihatan wajib. Doktor, jururawat dengan lain-lain personel berada di bawah kontrak dengan kerajaan. NHS berserta hospital, pusat kesihatan, lain-lain kemudahan bersekutu adalah milik awam. | UMUM | |
SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA | PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia. Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM). Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu ‘Head’, ‘Heart’, ‘Health’ dan ‘Hand’. Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu ‘Bersatu’, ‘Belajar’, ‘Bekerja’ dan ‘Berkhidmat’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |