HELANG HARPY | | UMUM | |
HELANG EKOR BAJI | | UMUM | |
HELANG | | UMUM | |
BUZZARD | Buzzard ialah mana-mana satu kumpulan burung pemangsa yang berkaitan dengan burung helang. Buzzard sebenarnya hidup terutamanya di Eropah dan Asia. Buzzard di Amerika Utara biasanya dinamakan lang, atau lang buzzard. | UMUM | |
PUCUNG | Pucung ialah mana-mana satu daripada 60 spesies burung randuk, yang termasuk burung helang dan bittern. Pucung adalah burung yang cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang, dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung mempunyai jambul yang panjang dan berbulu pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal di semua benua kecuali Antartika.. | UMUM | |
BURUNG SIKAP MALAM | Burung sikap malam banyak menyerupai whippoorwill, yang ada hubungan dengannya. Burung ini bukan burung helang. Burung sikap malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan putih, dan bertompok putih pada lehernya. | UMUM | |
PARI | Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari sengat, dan pari torpedo. | UMUM | |
BURUNG GERODA | BURUNG GERODA, sejenis burung mithikal dalam sastera lama sama ada burung rajawali besar atau helang besar (kenaikan Visynu). Dalam epik Hindu, burung geroda ialah kenderaaan Dewa Visynu. | BUDAYA | Konsep |
SENAPANG LANTAK | Senapang lantak ialah senjata api yang digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna anak helang atau daripada nama pereka Itali, Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy, iaitu nama awal Rusia. | UMUM | |
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE | Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam, tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang diselang-seli dengan padang rumput yang luas. Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar. Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu, helang botak, angsa, dan burung undan putih bersarang di sana. | UMUM | |