Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hém] | هيم

Definisi : (hém) IB; baju ~ kemeja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hém] | هيم

Definisi : (hém) sj tumbuhan herba yg ditanam utk mendapatkan gentiannya (yg digunakan utk membuat tali, kain dan juga sbg bahan utk menghasilkan marijuana), Cannabis sativa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hém] | هيم

Definisi : /hém/ 1 beberapa jenis tumbuh-tumbuhan, drnya diperoleh gentian utk dibuat tali, kain dll: ~ manila gentian dr pokok abaka yg digunakan utk membuat tali, kertas dll. 2 nama sj herba dan gentiannya digunakan sbg bahan utk menghasilkan dadah (marijuana), Cannabis sativa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hem


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANVAS

Kanvas ialah kain yang kasar dan kuat. Namanya

berasal daripada perkataan Latin yang bermakna

hem, yang pada asalnya digunakan untuk membuat

kanvas.

UMUM 
MARIJUANA

Marijuana, juga dieja marihuana, ialah dadah

yang dibuat daripada daun kering dan bahagian

atas bunga pokok hem.

UMUM 
MINORCA

Minorca juga dieja menorca, adalah pulau yang

kedua terbesar di Kepulauan Balearic.

Kepulauan ini terletak di Laut Mediterranean, di luar

pantai timur Sepanyol (lihat Kepulauan Balearic).

Keluasannya meliputi 686 kilometer persegi. Jumlah

penduduknya kira-kira 57 000 orang. Terdapat

lombong besi di Minorca. Ladang tanaman

termasuklah bijirin dan hem, anggur, zaitun, dan

buah-buahan lain. Bahan logam, pakaian, sabun dan

wain dihasilkan di pulau ini. Mahon adalah bandar

dan pelabuhan utama. Untuk lokasinya, lihat

Sepanyol (peta politik). Minorca adalah milik

Sepanyol. England dan Perancis pernah menguasai

pulau ini beberapa kali. England menyerahkan

Minorca kepada Sepanyol di bawah Perjanjian

Amiens pada tahun 1802.

UMUM 
SISAL

Sisal ialah nama dua tumbuhan tropika yang

mempunyai daun bak pedang yang menghasilkan

serat yang berharga. Tumbuhan ini, henequen dan

sisalana, menghasilkan serat yang sepanjangnya 50

sentimeter hingga 130 sentimeter, yang digunakan

terutamanya untuk membuat tali pintal. Sisalana

menghasilkan serat yang lebih kuat daripada

henequen. Henequen ditanam di Cuba, El Salvador,

dan Mexico, sementara sisalana ditanam di timur

Afrika, Brazil, Haiti, dan Jawa. Sisal juga dikenal

sebagai hem sisal.

UMUM 

Kembali ke atas