Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ kromo bp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar); berhentam bertumbuk, berkelahi, berlang­gar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berhentam bertumbuk; berkelahi; bertinju. menghentam memukul kuat-kuat; melanggar dgn kuat: Lori itu telah ~ tiang telefon di tepi jalan. menghentamkan memukulkan (sesuatu) pd; menumbukkan. hentam­an hasil menghentam; pukulan yg kuat: Keretanya remuk akibat ~ kuat lori pasir dr arah yg bertentangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG GERILA

Perang gerila ialah perang oleh kumpulan

pejuang yang berkeliaran dan menyeksa musuh

melalui serang hendap, penyerbuan mendadak,

dan serangan skala kecil yang lain. Gerila

mungkin tersusun, tetapi mereka biasanya

berjuang dalam kumpulan kecil. Mereka biasanya

beroperasi di belakang barisan musuh dan

menggunakan taktik hentam-dan-lari dan sabotaj

untuk mengejutkan dan menyeksa musuh. Mereka

mengambil kesempatan atas ciri-ciri kawasan

semula jadi — seperti hutan, bukit, tasik, dan

sungai — kepada bersembunyi dan melancarkan

serangan. Apabila keganasan dilancarkan di

kawasan bandar, operasi sedemikian biasanya

dikenali sebagai “Keganasan Bandar”. Mereka

melakukan pengeboman, penculikan, dan

tindakan ganas yang lain. Gerila kadang-kadang

dikenali juga sebagai pejuang bawah tanah atau

penentang , atau partisan . Taktik gerila biasanya

digunakan oleh kumpulan yang terhad sumbernya

untuk menentang musuh yang lebih hebat dari

segi kuasa dan kekuatan. Perkataan gerila

bermaksud perang kecil dalam bahasa Sepanyol

dan pertama kali digunakan semasa Perang

Semenanjung Napoleon (1808–1814).

UMUM 

Kembali ke atas