Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hép.ta.tlon] | هيڤتاتلون

Definisi : (héptatlon) (Suk) pertandingan utk peserta wanita yg dilangsungkan selama dua hari, terdiri drpd tujuh acara, iaitu 110 meter lari berpagar, lontar peluru, lompat tinggi, lumba lari 200 meter, lumba lari 800 meter, lompat jauh dan merejam lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata heptatlon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTANDINGAN ACARA BERCAMPURPertandingan acara bercampur bagi lelaki ialah pentatlon dan dekatlon manakala wanita ialah heptatlon dan dekatlon.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
THORPE, JIM

Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh

terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain

bola sepak kolej dan profesional Amerika dan

masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga

bermain dalam liga-utama besbol Amerika.

Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe

muncul sebagai atlet pertama yang memenangi

kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat

Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]).

Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat

tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur

memutuskan Thorpe seorang ahli sukan

profesional dan tidak layak bertanding dalam

Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain

besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun

1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa

mengembalikan pingat emas Thorpe dan

memasukkan namanya dalam senarai juara

Olimpik tahun 1912.

UMUM 

Kembali ke atas