Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. |