Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi terkenal melalui novel Alexandre Dumas The Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan bagaimana hero menjumpai harta di pulau tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut. Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi rancangan ini tidak berjaya. |