Teori maklumat , memerihalkan bagaimana mesej dipancar dan diterima melalui sistem maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan. Jurutera-jurutera elektronik kemudian menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini disebut sebagai sains maklumat. |