Merkuri atau juga dikenali sebagai raksa ialah unsur kimia dengan simbol Hg. Ia adalah sejenis logam berwarna perak, dan tidak seperti logam lain, merkuri pada suhu bilik adalah cecair. Merkuri boleh mengalir dengan cepat dan mudah, hinggakan ia kadangkala dikenali sebagai perakpantas. Tiada siapa yang tahu siapa yang menemui merkuri, tetapi orang Cina, Mesir, Yunani, India dan Rom purba telah mengetahui tentang logam ini. Ia dinamakan sempena nama pengutus pantas dewa dalam mitos Rom. |