Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.fai] | هي-في

Definisi : (haifai) set peralatan elektronik (amplifier, penyama, alat pemain dsb) yg boleh memainkan kaset, cakera padat dsb, dan menghasilkan bunyi stereo yg bermutu tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hi-fi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM FIDELITI TINGGI (HI-FI)

Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan

elektronik yang menghasilkan semula bunyi

dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti

tinggi direka bentuk untuk mengekalkan

ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan

herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini

sering juga digelar sebagai sistem bunyi

stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan

bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi

pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran

yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini,

sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan

semula dari arahnya yang betul.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 

Kembali ke atas