HIDUNG BERDARAH | | UMUM | |
HIDUNG | | UMUM | |
MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
RINITIS | Rinitis ialah keradangan membran mukus yang melapisi hidung. | UMUM | |
MUKUS | Mukus ialah sejenis bendalir tebal, jernih dan licin yang terdapat di dalam hidung, mulut dan organ laluan lain yang terbuka kepada bahagian luar tubuh. Ia terdiri daripada sebatian protein dan gula. Bendalir ini dihasilkan oleh sel dalam membran mukus, dan ia menutupi permukaan membran tersebut. | UMUM | |
SAPU TANGAN | Sapu tangan ialah sehelai kain kecil yang kita bawa untuk mengesat muka, hidung atau mata. Ia biasanya dibuat daripada kapas atau linen, tetapi ia mungkin juga dibuat daripada renda atau sutera. Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sapu tangan pertama yang kita ketahui hari ini. Pada Zaman Pertengahan (dari tahun 400-an hingga 1500 M.), sapu tangan menjadi hiasan. Di Perancis pada tahun 1000- an, orang lelaki dan wanita memakai sapu tangan yang tergantung pada tali pinggang. | UMUM | |
TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |
SULFUR DIOKSIDA | Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna, dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur dioksida terbentuk secara semula jadi daripada aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan air untuk membentuk hujan asid, yang boleh mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh dilepaskan oleh industri ke dalam udara. | UMUM | |
MINYAK EUKALIPTUS | Minyak eukaliptus diperoleh daripada daun eukaliptus. Kegunaannya yang paling terkenal ialah sebagai ubat sapu dan semburan hidung bagi mereka yang menghidapi selesema. Minyak diasingkan daripada daunnya melalui penyulingan stim. | UMUM | |
ANTIHISTAMINA | Antihistamina ialah nama sekumpulan ubat yang digunakan untuk merawat gejala alergi. Gejala ini termasuk mata yang merengsa, hidung berair, bersin dan gatal-gatal. Ahli kimia Perancis mencipta antihistamina pertama yang berguna pada awal tahun 1942. | UMUM | |