DONIZETTI, GAETANO | Donizetti, Gaetano (1797–1848), penggubah opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki tempat kedua selepas Gioacchino Rossini. Donizetti menulis lebih kurang 65 opera dan opereta, dan menjadi masyhur dengan kemampuannya mereka cipta opera dalam masa yang singkat. | UMUM | |
TAYLOR, SIR GEOFFREY | Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913, yang bekerja dalam bidang metereologi dan aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918), dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor lahir di London. | UMUM | |
REGULUS, MARCUS ATILIUS | Regulus, Marcus Atilius ( ?–249? S.M. ) ialah jeneral Rom yang menjadi hero. Kisah hidupnya diceritakan berulang kali sebagai teladan atas sifat patriotnya yang tulen. Sebagai konsul (ketua wakil kerajaan) pada tahun 256 S.M., dia mengetuai kejayaan serangan Rom ke atas Carthage di Afrika dalam Perang Punic I (lihat Perang Punic ). | UMUM | |
ANTHONY OF THEBES, SAINT | Anthony of Thebes, Saint (250?–356), pengasas kebiaraan Kristian. Anthony banyak menghabiskan hidupnya sebagai pertapa di gurun-gurun yang terdapat di Mesir. Dia mewujudkan masyarakat pertapa agama yang menjadi contoh bagi kehidupan kebiaraan. | UMUM | |
SCARLATTI, ALESSANDRO | Scarlatti, Alessandro (1660–1725) ialah penggubah Itali yang terkenal dengan operanya. Scarlatti menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Naples dan selalu dirujuk sebagai pengasas sekolah opera Neapolitan yang berkembang maju pada tahun 1700. | UMUM | |
EVELYN, JOHN | Evelyn, John (1620–1706), penulis Inggeris yang masyhur kerana diarinya yang merakamkan kisah peribadi hidupnya. | UMUM | |
BYRON, LORD | Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan puisinya mencerminkan pengalaman dan kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar, kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik. | UMUM | |
PANINI | Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun 500-an atau 600-an SM. | UMUM | |
MIRABEAU, COMTE DE | Mirabeau, Comte de (1749–1791) ialah negarawan, pemidato, dan pemimpin revolusi Perancis. Dia digelar “the tribune of the people”. Mirabeau selalu berhutang dan hidupnya tidak teratur. Namun begitu, dia menjadi salah seorang pemimpin di Perancis kerana kepandaiannya berpidato. Dia menjadi musuh utama kepada golongan istana. | UMUM | |
QANAAH | sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain | AGAMA | Konsep |