PANGERAN BENDAHARA | PANGERAN BENDAHARA, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Sejak zaman pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619), dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang wazir, iaitu Duli Pangeran Bendahara, Duli Pangeran Digadong, Duli Pangeran Temenggung dan Duli Pangeran Pemanca. Di bawah wazir, terdapat 60 ceteria (sateria), iaitu empat kepala ceteria, lapan ceteria besar, 16 ceteria pengelasan, dan 32 ceteria damit (kecil). Di bawah ceteria, terdapat jawatan kesetiawanan daripada kalangan rakyat biasa. Jawatan tertinggi ialah Pehin Datu Perdana Menteri (1), Ketua Menteri (2), Kepala Menteri (4), Menteri Pengelasan Besar (8), Menteri Pengelasan Biasa (16) dan Menteri Pengelasan Damit-kecil (32). Beberapa jawatan Menteri Dagang juga diwujud dan dikurniakan kepada orang asing, misalnya Datu Saudagar, ketua orang India dan Kapitan Cina, gelaran kepada ketua orang Cina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
BRAHMIN | BRAHMIN, golongan agama yang menduduki tempat tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat India dan dalam sistem kasta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR | PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR, salah seorang ceteria dalam hierarki pemerintahan tradisi KesuItanan Brunei. Di Brunei Darussalam, pembesar negeri di bawah Sultan dan Yang Di-Pertuan digelar wazir, ceteria dan menteri. Dalam adat diraja Brunei yang menjadi warisan turun-temurun, terdapat empat orang wazir, 60 orang ceteria dan 60 orang menteri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PANGERAN DIGADONG | PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619). Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
MAHKAMAH PENGHULU | MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
CETERIA | CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
WAN IDRIS WAN MUHAMMAD | WAN IDRIS WAN MUHAMMAD (1790-an-1882), pembesar dalam kerajaan Pahang. Dia lahir di Bukit Kota, Pahang. Wan Idris telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang kelima (Tuk Raja) menggantikan bapanya, Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad I. Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ialah gelaran bagi jawatan Orang Besar Berempat yang terkanan dan paling berpengaruh dalam sistem hierarki kerajaan Melayu Pahang, selain daripada Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan orang Kaya Indera Syahbandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |