YEW | Yew ialah nama bagi sekumpulan pokok dan pokok renek malar hijau. Daun yew adalah jejarum leper, runcing, berwarna hijau tua di atas dan berwarna hijau pucat di bawah. | UMUM | |
SERANGGA DAUN | Serangga daun ialah serangga yang kelihatan seperti daun hijau atau ranting. Ia terdapat di Afrika, tenggara Asia, utara Australia dan di banyak kepulauan di Pasifik Selatan. Serangga daun adalah spesies yang berkaitan rapat. | UMUM | |
POKOK DAUN LURUH | Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok daun luruh gugur daunnya pada musim luruh. Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya, tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok. Sebelum daun mati, bahan makanan yang terkandung dalam daun diserapkan semula kepada ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar. Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh yang biasa yang mempunyai daun jejarum. | UMUM | |
PROTEA | Protea ialah nama sekumpulan besar pokok renek dan pokok yang tumbuh terutamanya di Afrika Selatan. Protea mempunyai daun malar hijau dan gugusan bunga yang padat. Setiap gugus dikelilingi oleh sekumpulan daun berwarna terang yang dikenali sebagai braktea. Protea mengeluarkan kekeras yang diliputi bulu kasar. | UMUM | |
PERIUK KERA | Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang diperlukan daripada tanah. Serangga yang diperangkap memberikan nitrogen tambahan kepada tumbuhan ini. | UMUM | |
SMILAKS | Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. | UMUM | |
MIRTEL | Mirtel ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang menarik. Ia tumbuh liar di kawasan Mediterranean di selatan Eropah dan utara Afrika. Mirtel mempunyai daun berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya harum berwarna putih. Ia adalah pokok taman yang popular, terutamanya di kawasan yang musim sejuknya sederhana. Pokok mirtel dianggap suci oleh orang Yunani purba dan digunakan dalam perayaan. | UMUM | |
SEMUT POKOK HIJAU | Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok dengan menjambakkan daun dan mengikatnya dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya. | UMUM | |
ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
PAIN | Pain adalah mana-mana satu daripada sekumpulan besar pokok malar hijau yang mempunyai daun jejarum dan mengeluarkan kon. Terdapat kira-kira 100 spesies pain. Hampir kesemuanya tumbuh secara semula jadi hanya di Hemisfera Utara. Pain terdapat dalam pelbagai persekitaran, tetapi ia paling kerap tumbuh di tanah berpasir atau berbatu. Pain biasa terdapat di pergunungan di barat dan tenggara Amerika Utara, selatan Eropah, dan tenggara Asia. Sesetengah pain tumbuh sehingga kira-kira 60 meter tingginya. Yang lain adalah kecil bak pokok renek. | UMUM | |