Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suara­nya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemu­dian drpd makzulnya sembilan tahun, sete­lah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ di­cari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut menger­jakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb ke­pandaian (kebesaran) seseorang tidak ke­lihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk ber­ganti kijang emas prb perempuan yg ber­cerai dgn suaminya yg hina kemudian ber­kahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan sese­orang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb per­buatan baik atau jahat akan hilang di­lindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani me­lakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: se­teguk air ~ dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.lang] | هيلڠ

Definisi : 1 tidak diketahui tempat adanya sesuatu; tidak kelihatan lagi; ghaib; lenyap: Wangnya ~ di tengah jalan. 2 tidak ada lagi (bkn perasaan, kenangan dsb): Kepercayaannya terhadap pegawai itu telah ~. Budi baiknya selama ini tidak akan ~ walaupun kehidupannya susah. 3 tidak ada atau tidak kedengaran; tidak keluar (bkn bunyi, suara dll): Kedengaran sayup-sayup bunyi kapal terbang, makin lama makin ~. Suaranya ~ kerana banyak bersorak semasa menonton perlawanan bola sepak. 4 meninggal dunia; mati. ~ akal a. tidak tahu apa yg hendak dibuat. b. agak gila. ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi. ~ ingatan a. hilang akal. b. tidak sedar akan diri; pengsan. ~ nyawa meninggal dunia; mati. menghilang menjadi tidak kelihatan lagi; menjadi hilang; melenyapkan diri: Kapal terbang ~ di balik awan. Ahmad terus ~ tanpa berita. menghilangkan menyebabkan atau menjadikan tidak ada lagi; melenyapkan; menghapuskan: Dia dimarahi oleh ibunya kerana ~ anak kunci. kehilangan 1 hal hilangnya sesuatu atau seseorang: Dia melaporkan ~ anaknya itu. 2 kemati­an: Seluruh rakyat turut bersedih atas ~ pemimpin yg dikasihi. 3 menderita kerana hilangnya sesuatu: Dia ~ wang. penghilangan perbuatan (hal dsb) menghilang atau menghilangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Memakan habis-habis,
     menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Bermaksud :

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

 

Lihat selanjutnya...(120)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HILANG AKAL UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 
ANESTESIA

Anestesia ialah hilang deria rasa – terutama rasa

sakit, di seluruh badan atau sebahagian badan.

Ubat yang dinamakan anestetik digunakan bagi

menghasilkan anestesia sementara untuk tujuan

perubatan. Anestesia juga dihasilkan melalui

hipnosis dan akupunktur – cucukan jarum di

tempat tertentu pada badan. Sesetengah

kecederaan dan penyakit, terutamanya pada

sistem saraf, boleh menyebabkan kehilangan

deria rasa.

UMUM 
AMNESIA

Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau,

dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering

lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa

berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia

mempunyai jurang besar dalam ingatannya.

UMUM 
KOMA

Koma ialah keadaan hilang kesedaran sama

sekali. Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani,

koma, yang bermakna tidur lena.

UMUM 
PRAVDA

Pravda ialah akhbar rasmi Parti Komunis Kesatuan

Soviet hingga Parti Komunis itu hilang kuasanya

dalam kerajaan Soviet pada tahun 1991.

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 
SEGI TIGA BERMUDA

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai

Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai

tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal

dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari

kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan

ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,

lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang

telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.

UMUM 
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 
12345

Kembali ke atas