Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata himalaya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIMALAYA UMUM 
SHANGRI-LAAmalan pindah ternak di kalangan sebahagian orang Sherpa, Gunung Himalaya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
SHERPA

Sherpa ialah satu bangsa yang kebanyakannya

tinggal di banjaran gunung Himalaya di timur laut

Nepal. Hampir 25 000 orang Sherpa tinggal

berhampiran dengan Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia. Terdapat juga sebilangan

Sherpa yang tinggal di timur laut India.

UMUM 
SIKKIM

Sikkim ialah negeri yang terletak di timur laut

India. Ia terbentang di bahagian timur Himalaya.

Di sinilah terletaknya gunung yang tertinggi di

India dan yang ketiga tertinggi di dunia, iaitu

Gunung Kanchenjunga. Sikkim ialah negeri kedua

terkecil di India.

UMUM 
PAMIR

Pamir ialah wilayah yang besar yang menjadi

pertemuan Pergunungan Himalaya, Hindu Kush,

Kunlun, dan Tian Shan.

UMUM 
NEPAL

Nepal ialah negara yang terletak di selatan tengah

Asia . Banjaran gunung yang paling tinggi di dunia –

Himalaya – dan wilayah bukit-bukau dan

lembahnya meliputi 80 peratus kawasan Nepal.

Tarai (atau Terai) – ialah kawasan dataran sungai

yang rata dan subur di sepanjang sempadan India –

meliputi selebihnya kawasan negara tersebut.

UMUM 
SUNGAI BRAHMAPUTRA

Sungai Brahmaputra ialah salah sebatang

jalan air yang penting di Asia Selatan. Ia berpunca

dari utara cerun Himalaya di Tibet. Setelah

mengalir kira-kira 2700 kilometer melalui timur laut

India dan Bangladesh, ia bertemu Sungai Ganges

(Ganga) tempat ia berkongsi Delta Ganges.

Bahagian utara sungai mempunyai banyak nama. Di

Tibet, ia kadangkala dipanggil Yarlung Zangbo.

UMUM 
SUNGAI JUMNA

Sungai Jumna, di utara India, membentuk salah

sebuah anak Sungai Ganges yang paling penting.

Sungai Jumna bermula dari Himalaya dan mengalir

ke arah tenggara sepanjang hampir 1400 kilometer.

Ia mengalir ke Sungai Ganges di bandar Allahabad.

Dua terusan, satu menghala ke sebelah barat

Sungai Jumna dan satu lagi menghala ke sebelah

timur, mengairi seluas 30 000 kilometer persegi

kawasan ladang di lembah sungai ini.

UMUM 
ANNAPURNA I

Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078

meter dan merupakan gunung yang kesebelas

tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di

pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di

bahagian tengah Nepal dan membentuk

sebahagian daripada kumpulan gunung

Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak

gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian,

kerana mereka percaya puncak ini mengawasi

ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang

terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu

ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice

Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum

Puncak Everest didaki pada tahun 1953,

Annapurna adalah puncak yang paling tinggi

pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar

rajah).

UMUM 
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 
123

Kembali ke atas