Himpunan Mahasiswa Islam, organisasi mahasiswa tertua di Indonesia.
Etika Protestan ialah himpunan sikap yang
menekankan nilai moral kerja, disiplin diri
dan tanggungjawab diri.
Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,
iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan
ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah
solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir
dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih
(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan
takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu
Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti
makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,
kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam
Islam.
Sendak, Maurice (1928– ) ialah pengilustrasi
Amerika dan penulis buku kanak-kanak.
Kebanyakan ilustrasi dan ceritanya menampilkan
imej seram dan menakutkan kanak-kanak. Dia
memasukkan orang, peristiwa dan himpunan
semula zaman kanak-kanaknya secara imaginatif.
Sendak telah memenangi salah satu anugerah
Amerika yang agung, Pingat Caldecott pada tahun
1964, untuk ilustrasi dan tulisannya, Where The
Wild Things Are .
Antologi drama ialah himpunan drama pilihan yang dihasilkan oleh beberapa orang penulis.
BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur.
Borobudur yang bererti ‘Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit’ atau ‘Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa’ mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M. Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M. Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.
Antologi cerpen. Himpunan cerpen dalam sebuah buku, hasil karya beberapa orang pengarang atau seorang pengarang.
Thanks for clicking. That felt good.