Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindustan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THUG

Thug ialah ahli persatuan lama di India yang

membunuh atas nama agama. Istilah Thug berasal

daripada bahasa Hindustan yang bermaksud

penipu atau samseng . Ahli persatuan Thug ini

membunuh dan merompak mangsa mereka untuk

memuliakan Kali, iaitu dewi kemusnahan yang

juga isteri Dewa Shiva.

UMUM 
PERLAK

PERLAK, kerajaan Islam yang pertama di Kepulauan Nusantara, Perlak terletak di Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Sumatera, Indonesia.  Menurut catatan sejarah, sebelum kedatangan agama Islam, Perlak diperintah oleh raja-raja keturunan Siam.  Daripada catatan kitab Idhamul Hao karangan Abu Ishak al-Makarani, negeri ‘Peureulak’ adalah sebuah negeri yang tertua di Sumatera dan namanya terkenal sepanjang abad di kalangan para pedagang dunia dari China, Arab, Parsi, Hindustan, Itali, Portugis dan lain-lain yang melalui Selat Melaka.  Di Perlak juga suatu masa dahulu banyak terdapat kayu yang dikenal sebagai kayu ‘peureulak’, yang sangat baik untuk dijaikan bahan binaan kapal, perahu, sampan dan bahtera.  Oleh sebab kayu ini banyak dieksport, dan sempena nama kayu tersebut, maka tempat itu pun dikenal sebagai negeri Perlak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
R. AZMI

R. AZMI (1923-1974), penyanyi.  Dia lahir di Kelang, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Raja Azmi bin Raja Embeh.  Dia mendapat pendidikan awal di Kelang dan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Pendidikannya tergendala apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.  Dia berhijrah ke Singapura dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi R. Azmi merupakan salah seorang penyanyi yang mempelopori lagu-lagu Melayu ala Hindustan pada tahun 1950-an dan 1960-an.

BUDAYATokoh
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas