Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Manis sungguh tebu sebatang,
     Dari akar hingga ke pucuk;
Manis sungguh mulut orang,
     Terkena tipu dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPRING BEAUTY

Spring beauty ialah nama bunga liar yang

tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia

hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke

Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada

batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter.

Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih

biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar

berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty

Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai

orang menamakannya Mayflower atau good

morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis

Carolina mempunyai bunga berwarna putih.

UMUM 
PERGUNUNGAN LOFTY

menganjur dari Peterborough hingga ke Tanjung

Jervis di Australia Selatan.

UMUM 
ORANG ETRUSCAN

Orang Etruscan ialah penduduk yang tinggal di

Etruria (kini Tuscany, Umbria, dan Latium) di Itali.

Etruria meliputi kawasan Sungai Arno di utara

hingga ke Sungai Tiber di selatan, dan dari

Pergunungan Apennines di timur hingga ke Laut

Tyrrhenian di barat. Kebanyakan sarjana hari ini

percaya bahawa Etruscan datang ke Etruria pada

kira-kira tahun 800 S.M. dari timur, kemungkinan

melalui jalan laut.

UMUM 
BURUNG BATUAN

Burung batuan ialah nama dua spesies burung

Amerika Selatan. Satu spesies hidup di jurang

berbatu berdekatan dengan anak sungai gunung

di Banjaran Andes dari Columbia hingga ke

Bolivia. Spesies satu lagi hidup di pergunungan

dari Columbia hingga ke Guiana Perancis dan

di utara Brazil.

UMUM 
MEERKAT

Meerkat ialah haiwan kecil pengorek lubang di Afrika. Ia tinggal dari barat daya Angola hingga ke Afrika Selatan. Meerkat, yang juga dikenali sebagai suricate, terdapat di desa terbuka, kering, yang tanahnya keras dan berbatu.

UMUM 
AGOUTI

 Agouti ialah rodensia yang hidup di hutan tebal

dari selatan Mexico, hingga ke utara Argentina,

dan di Hindia Barat.

UMUM 
IKAN SUMPITIkan sumpit atau archerfish ialah mana-mana
dari enam jenis ikan kecil yang dijumpai di India
hingga ke Filipina, Indonesia dan Australia
UMUMUmum
ADDAKS

Addaks ialah kijang yang hidup di gurun Afrika

Utara. Ia merayau dari timur Algeria hingga ke

Sudan. Addaks menyerupai saudara rapatnya, orks.

UMUM 
RAPANG KETAM

Rapang ketam ialah burung randuk yang

terdapat di pantai Lautan Hindi, dari Afrika Timur

hingga ke Burma serta di Kepulauan Andaman dan

Madagascar di Lautan Hindi. Badan burung ini

berwarna putih, belakang dan kepaknya berwarna

hitam.

UMUM 
TAYRA

Tayra ialah anggota yang besar dalam famili

wesel . Ia hidup di hutan tropika dari Mexico

hingga ke Argentina. Kebanyakan tayra berbulu

hitam atau perang tua dengan tompok putih atau

kuning di dadanya. Bulu di kepalanya beransur-ansur

berubah menjadi perang atau kelabu apabila

haiwan ini semakin tua. Tayra dewasa beratnya

lebih kurang lima kilogram dan panjangnya lebih

kurang 105 sentimeter, termasuk ekornya

sepanjang lebih kurang 40 sentimeter.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas