Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihi­tunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghi­rau­kan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Beli­damani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitung­an, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bkn kira-mengira atau perkiraan. ilmu ~ ilmu dlm hal kira-mengira. 2 kiraan amalan seseorang pd hari kiamat yg dijalankan oleh Allah ketika manusia berada di Padang Mahsyar. menghisab mengira atau menghitung utk mencari jawapannya; membuat perkiraan (terhadap): Maka dihisab dan dihitung segala kebaikan dan kejahatan mereka. menghisabkan memberikan perkira­an terhadap; menghiraukan: Murid yg baik tentu ~ nasihat guru dan ibu bapanya. terhisab dpt dikira atau dihitung; terkira; terhitung (jumlahnya dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisab
Rujuk :hitung


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-BALAD

Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat.

Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia

disebut di permulaan surah ini.

Surah ini menekankan pemantapan akidah dan

iman dengan penumpuan kepada kepercayaan

kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta

perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan

dengan orang yang melakukan kejahatan.

UMUM 
KUTTAB, AL-

Kuttab, al- ialah istilah yang digunakan di dunia

Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi

bagi kanak-kanak. Pertama, ia merujuk kepada

pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam

seperti al-Qur’an, hadis, fiqah dan lain-lain,

termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang

meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan, syair dan

sebahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak.

Semua tempat belajar ini dinamakan sama

ada dengan nama al-Kuttab, al-Maktab atau al-

Khulwah.

UMUM 
ZAINAL ABIDIN S.M.ZAINAL ABIDIN S.M. (1898-1960-an), pendidik dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Oktober 1898 di Pulau Pinang.  Nama seberanya ialah Sultan Maidin Zainal Abidin.  Zainal Abdidin S.M. mengajar di Penang Free School. Di sekolah inilah dia mendapat pendidikan rendah dan menengahnya. Dia menjadi guru di sekolah ini selama 20 tahun dan mengajar mata pelajaran Ilmu Alam, Kesihatan, Bahasa Inggeris, Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Bahasa Melayu dan Ilmu Hisab.  Kemudian dia dilantik sebagai Guru Besar Sekolah St. Francis selama 10 tahun.  Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, dia bertugas sebagai nazir Sekolah-Sekolah Pulau Pinang selama lima tahun.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas