MEPHISTOPHELES | Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust. Dalam buku The History of Johann Faust (1587) yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama 24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak menyukai cahaya atau mungkin juga daripada perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel (penipu). | UMUM | |
PIRENNE, HENRI | Pirenne, Henri (1862–1935) ialah ahli sejarah Belgium . Dia terkenal kerana hasil karyanya berjudul History of Belgium , sebanyak tujuh jilid (1900–1932), yang dianggap sebagai karya standard dalam bidang tersebut. | UMUM | |
THIERS, LOUIS ADOLPHE | Thiers, Louis Adolphe (1797–1877) ialah presiden pertama Republik Perancis Ketiga. Buku 10 jilid yang ditulisnya, History of the French Revolution (1823–1827) menjadikannya terkenal. Thiers membantu Louis Phillipe menduduki takhta Perancis. | UMUM | |
ANDREWS, ROY CHAPMAN | Andrews, Roy Chapman (1884–1960), amat dikenali sebagai penulis dan penjelajah, dan sebagai ketua ekspedisi bagi American Museum of Natural History. | UMUM | |
ACTON, LORD | Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an. Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah buku berpengaruh Cambridge Modern History . Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya. Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah, dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak). | UMUM | |
RICHARDSON, SAMUEL | Richardson, Samuel (1689–1761), penulis Inggeris yang boleh dianggap sebagai salah seorang pengasas penulisan novel. Dia menghasilkan tiga buah novel: Pamela or Virtune Rewarded (1740), Clarissa; or the History of a Young Lady (1747–1748) dan Sir Charles Grandison (1753–1754). Karya-karya ini terlalu panjang untuk dibaca pada hari ini tetapi pengaruhnya sungguh kuat. | UMUM | |
SCULLARD, HOWARD HAYES | Scullard, Howard Hayes ( 1903–1983) ialah pakar Inggeris tentang sejarah Rom purba. Karya Scullard sebahagian besarnya tertumpu pada penulisan tentang Republik Rom, tetapi salah sebuah bukunya yang terbaik, From the Gracchi to Nero (1959), merupakan fakta dan analisis yang bijak tentang peralihan pemerintah daripada Republik kepada Empayar. Karya Scullard yang lain termasuklah A History of the Roman World from 753 to 146 B.C. (1935), A History of the Roman World from 146 to 30 B.C. (1953), Rome and the Etruscan Cities (1967) , The Elephant in the Greek and Roman World (1974), dan Roman Britain: Outpost of Empire (1979). Howard Scullard pernah menjadi editor bersama The Oxford Classical Dictionary. | UMUM | |
MORISON, SAMUEL ELIOT | Morison, Samuel Eliot (1887–1976) ialah ahli sejarah Amerika, guru sejarah, dan pemenang dua Hadiah Pulitzer. Bukunya Admiral of the Ocean Sea, tentang riwayat hidup Columbus, memenangi hadiah tersebut pada tahun 1943, dan bukunya John Paul Jones menerima hadiah pada tahun 1960. Buku-bukunya yang lain termasuklah History of United States Naval Operations in World War II yang ditulis dalam 15 jilid (1947– 1962), The Intellectual Life of Colonial New England (1960), One Boy’s Boston (1962), The Oxford History of the American People (1965), The European Discovery of America: The Northern Voyages (1971) dan The European Discovery of America: The Southern Voyages (1974). | UMUM | |
NAMIER, SIR LEWIS | Namier, Sir Lewis (1888–1960) merupakan salah seorang ahli sejarah yang paling berpengaruh pada zamannya. Bukunya, The Structure of Politics at the Accession of George 111 (1929), menunjukkan pengetahuannya yang mendalam tentang sejarah politik British pada zaman pemerintahan George. Hasilnya yang penting tentang sejarah zaman George juga termasuklah Crossroads of Power (1982), iaitu himpunan 20 hasil ceramahnya. Hasil karyanya yang lain termasuk In the Margin of History (1939), Conflicts (1942), Avenues of History (1952), In the Nazi Era (1952), Personalities and Powers (1955), dan Vanished Supremacies (1958). Namier lahir di Rusia. Dia menuntut di Oxford University. | UMUM | |
MERPATI PERANTAU | Merpati perantau ialah burung yang telah pupus yang dahulunya banyak terdapat di timur Amerika Utara. Merpati perantau yang terakhir diketahui mati pada tahun 1914 di Taman Zoologi Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bangkainya kini dipamerkan di National Museum of Natural History (Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Kebangsaan) di Washington, D.C. | UMUM | |