Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.doh] | هودوه

Definisi : 1. buruk, jelik (rupa dll); 2. terlalu bodoh (dungu); menghodohkan menyebabkan buruk, jelik (rupa dll): parut di muka memang ~ wajah; kehodohan keadaan atau sifat hodoh: sukar utk kita mengakui ~ hidup kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.doh] | هودوه

Definisi : tidak elok; buruk (bkn rupa se­se­orang dll): Rupanya ~, tetapi hatinya baik. menghodohkan menjadikan hodoh. kehodohan keadaan hodoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hodoh
Rujuk :buruk

Puisi
 

Anak beruk di kayu rendang,
     Meniti turun ke tepi paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BROWNIE

Brownie dalam cerita rakyat British, ialah

makhluk yang berhati mulia dan suka menolong.

Brownie kelihatan seperti lelaki kecil yang hodoh,

dengan rambut serta janggut yang kusut-masai.

UMUM 

Kembali ke atas