Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.ki] | هوکي

Definisi : sj permainan yg dimainkan oleh dua pasukan, yg setiap satunya terdiri drpd 11 orang pemain yg mencuba memasukkan bola ke dlm gol lawan dgn menggunakan kayu pemukul khas untuknya; kayu ~ kayu pemukul bola (dlm permainan hoki) yg bengkok di satu hujungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ho.ki] | هوکي

Definisi : permainan yg dimainkan di atas padang oleh dua pasukan yg mencuba memasukkan bola ke dlm gol lawannya dgn menggunakan kayu pemukul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hoki


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HOKI AIS UMUM 
HOKI UMUM 
RINGETTE

Ringette ialah sejenis sukan berpasukan untuk

gadis dan wanita muda. Permainan ini seakan

serupa dengan permainan hoki ais. Permainan ini

dicipta di Ontario, Kanada pada tahun 1963. Kini,

permainan ini dimainkan di bahagian utara

Amerika Syarikat dan beberapa buah negara

Eropah serta Kanada.

UMUM 
SHINTY,

Shinty sejenis permainan yang dimainkan di

Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd.

Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan.

Permainan ini serupa dengan permainan hoki,

tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih

pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan

cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola

ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar

dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada

dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit.

Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana

bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara

atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih

ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah

untuk merebut Piala Pusingan Persatuan

Camanachd.

UMUM 

Kembali ke atas