Australopithekus dianggap oleh kebanyakan ahli antropologi sebagai makhluk awal yang dijadikan mempunyai persamaan dengan manusia. Makhluk ini tinggal di Afrika lebih empat juta tahun yang lalu iaitu antara dua juta hingga satu juta tahun yang lampau. Istilah Australopithekus berasal daripada perkataan Latin australis , bermakna selatan, dan perkataan Yunani pithekos , bermakna beruk. Ia merujuk kepada genus. Anggota genus dikenali sebagai australopithecines . Makhluk ini dipercayai sebagai hominid pertama. Hominid ialah anggota kumpulan keluarga saintifik yang terdiri daripada manusia dan makhluk prasejarah yang menyerupai manusia. |